Friday, January 1, 2010

Gagal

Jika bercerita mengenai perniagaan internet atau menjana pendapatan dari internet, boleh dikatakan sudah ramai yang mengetahuinya. Tapi berapa ramai yang betul-betul yakin untuk melakukannya? Atau berapa ramai yang memang yakin, tapi tidak melakukan apa-apa?

JAWAPANNYA..tanya diri sendiri.

Bermacam-macam koleksi ebook sudah dibeli..semua seminar sudah di hadiri, tapi sekiranya langkah pertama belum di lakukan, semua ilmu yang anda perolehi hanya sebagai bahan cerita. Kejayaan orang A, kejayaan orang B dan kejayaan siapa saya yang anda dengar..hanya umpama Mitos semata-mata. Umpama seorang ibu yang menceritakan kisah si pari-pari kepada anaknya ketika hendak tidur.

Mulakanlah langkah pertama..Ia umpama tiket ke gerbang kejayaan. TAPI..kenapa tidak mahu melangkah?

- TAKUT GAGAL…DUIT HILANG

- MALU DITERTAWAKAN OLEH RAKAN_RAKAN.

- MASA TAK CUKUP…BZ

- TAK TAHU NAK BUAT YANG MANA DULU? KEPALA DAH SERABUT..

- NANTILAH, TAK CUKUP ILMU LAGI…

( Antara yang biasa di dengar )

Percayalah.. Jika anda gagal buat pertama kali..ia memberikan 1 ilmu baru..jika 10 kali gagal..akan menghampirkan anda kepada kejayaan. Setiap KEGAGALAN akan memberikan anda lebih KEYAKINAN..TAPI, apa yang anda akan dapat jika tidak melakukan apa-apa? FIKIRKAN..

No comments:

Post a Comment