Friday, January 1, 2010

Peluang

Diam tak diam, tahun 2009 akan berakhir dalam masa beberapa hari lagi. Sudahkah anda membuat ‘bedah siasat’ kejayaan mahupun kegagalan dalam perniagaan online yang anda usahakan? Atau anda baru sahaja mengenali perniagaan internet pada tahun ini…Mungkin tahun 2010 adalah langkah pertama anda untuk memiliki perniagaan internet anda sendiri..Siapa tahu?


Begitu juga dengan saya, banyak perkara yang perlu di lakukan dan di rancang sebelum berakhirnya 2009. Apa yang pasti, buat pertama kali beberapa blogger dan IM akan berkumpul dan berceloteh di Radio Internet FuhyooFM pada 31 Dis 2009 pada jam 8.30 malam sehingga 2.30 pagi.


Mungkin anda telah mempunyai rancangan seperti tahun-tahun yang sudah untuk menyambut tahun baru di tempat-tempat yang menarik bersama keluarga mahupun rakan-rakan, tapi sekiranya anda ingin melakukan perubahan..raikan bersama-sama blogger-bloger dan IM di FuhyooFM. Banyak topik-topik yang akan di sentuh.


Apa yang menariknya, pihak FuhyooFM telah melancarkan kempen untuk anda sama-sama menjayakan program sambutan tahun baru. Anda boleh memuat turun pluginFuhyooFM untuk anda mendengar rancangan FuhyooFM secara terus.

Apa yang menariknya mengenai Plugin FuhyooFM? Saya mahu mendengar melalui WinAmp dan Windows Media Player sahaja…

Anda berpeluang untuk bersembang secara live dengan Blogger dan IM seperti Rohaizad, Smartzul dan saya sendiri melalui FuhyooFM Chat Room. Anda boleh mengutarakan soalan berkaitan perniagaan internet mahupun Blogging. Mereka akan membaca soalan anda dan menjawab soalan anda secara live dan boleh di dengar oleh kesemua pendengar radio.

toolbar

Kepada yang mengalami masalah talian internet yang lambat, anda boleh memilih untuk download dan install FuhyooFM Plugin Toolbar kerana menggunakan kualiti 24 kbp – mono. Tapi, pada 31 Disember pihak FuhyooFM akan meletakkan pilihan untuk anda mendengar 40 kbp-stereo di Toolbar tersebut atau pun dengari melalui laman webFuhyooFM itu sendiri.

Anda boleh dapatkan code untuk mendengar Radio Internet FuhyooFM di SINI. Letakkan di blog anda.

Apa tunggu lagi…

No comments:

Post a Comment