Friday, January 1, 2010

Pemancing baru

Hidup ini sebagai satu perjudian (halal aje).Untung nasib hidup kita telah ditetapkan oleh Allah SWT.Sebagai hambaNya kenalah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Dulu Saya menganggap perniagaan internet ni mudah dan senang nak dapat pelanggan.Rupanya tafsiran saya meleset sama sekali.Dalam kotak fikiran saya biz internet nie macam letak pancing di kolam ikan tak sampai seminit boleh dapat ikan seekor.Dalam masa 60 minit boleh dapat 60 ekor (itu tafsiran saya je). Rupanya tidak, biz internet nie ibarat kita seorang pemancing amatur tak tau tentang lubuk ikan di tengah laut.Dayung je sampan, sampai di tengah laut terus letak pancing tanpa bertanya dan belajar dengan pemancing profesional.Modal untuk pancing je dah habis beratus bahkan beribu ringgit. Satu hari memancing seekor ikan pun tak dapat, balik dengan kekecewaan.Sambung hari kedua, ketiga dan seminggu seekor ikan pun tak dapat. Mula rasa bosan dan putus asa, mula salahkan sampan tak elok pancing tak berkualiti dan sebagainya.Akhirnya kita berhenti terus untuk memancing.

Ini perumpamaan saya sahaja sebagai newbie dalam IM nie.Tapi bila saya muhasabah diri apa yang tak kena dalam biz nie?.Saya mula faham,Ilmu mesti ada,kena belajar dan menerima apa yang diajar.Apabila saya kaitkan offline dan online rupanya ada persamaan.Kita sebagai orang yang tidak ada pengalaman dalam dunia business nie kena belajar, belajar dan terus belajar.Dah dapat ilmu, dah mantop kena berkongsi ilmu tersebut supaya berkat (berkat penting dalam mendapat rezeki halal).

Apapun tulisan saya cetusan hati saya sahaja, jika terasa dan tersilap harap maafkan kerana saya dah banyak business offline (terutamaya MLM) dan online saya ceburi rasa tension pun ada jika hasil yang diharapkan tidak dapat.Itulah saya cakapkan di awal tulisan tadi hidup ini satu perjudian.

Sebagai manusia kita kena besabar dan berfikiran positif sebagai mana komen leeya.Banyak berdoa dan yang penting SABAR,TABAH dan KONSISTEN dalam membena kerjaya dalam IM. Terima kasih

No comments:

Post a Comment