Monday, January 4, 2010

Jangan Sia-Siakan Usaha Penulisan Artikel Anda

Saya ingin berkongsi sedikit mengenai beberapa teknik JANGAN Sia-Siakan penulisan artikel.

Menulis artikel adalah salah satu cara untuk mendapatkan trafik. (~ramai yang tahu~saya pasti). Walaubagaimana pun, ada beberapa teknik penting yang boleh diaplikasikan untuk memastikan usaha penulisan artikel anda tidak sia-sia.

Teknik #1,
Jangan Membunuh Usaha Penulisan Artikel Anda dengan hanya menghantar kepada 3 top direktori artikel. Seboleh-bolehnya, hantar artikel anda ke direktori yang lain sebaik-baiknya direktori artikel yang niche.

Teknik#2,
Jangan Membunuh Usaha Penulisan Artike Anda dengan menghantar artikel yang sama ke setiap direktori artikel. Apabila menghantar artikel ke direktori, seboleh-bolehnya isi kandungannya berbeza sedikit dari yang asal. Cuba jadikan artikel diubah, unik.

Teknik#3,
Jangan Mengsia-siakan Usaha Penulisan Artikel Anda dengan menulis terlampau pendek. Jumlah patah perkataan yang disarankan adalah 400-500 patah perkataan.

Teknik#4,
Jangan Mensia-siakan Usaha Penulisan Artikel Anda apabila tidak mengambil kesempatan keatas Jumlah link dibenarkan didalam Author Box.
Biasanya, directori artikel membenarkan anda memasukan 3 link dibahagian Author Box. Gunakan ketiga-tiganya. (Periksa terms of service. Jika jumlah yang dibenarkan adalah 2, tetapi link anda 3, artikel anda akan di reject.)

Teknik#5,
Anda Meracuni Usaha Pemasaran Penulisan Artikel Anda apabila anda hanya mementingkan jumlah link dan tidak mementingkan trafik semulajadi.
Anda mahu pembaca membaca artikel anda dan digunakan pada laman web mereka, bukannya spider bots atau web crawlers

Teknik#6
Anda Mentempangkan Usaha Pemasaran Artikel Anda Apabila tidak melakukan keyword research.

Teknik#7
Anda mencekik Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila telampau memfokus kepada link pada homepage anda. Link yang terdapat pada website anda tidak nampak natural kepada search engine. Ia berkaitan dengan search engine rankings dan bagaimana search engine memberi kedudukan kepada website anda.

Teknik#8,
Anda Melemaskan Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila memasukan keyword phrase yang sama ke dalam semua links. Teknik ini boleh dianggap spam oleh search engine dan boleh mengurangkan nilai link anda dan seterusnya terkeluar dari search engine results.

Teknik#9,
Anda Kebulurkan Usaha Pemasaran Artikel Anda apabila anda tidak konsisten. Cara terbaik untuk mendapat link semula jadi adalah menulis artikel berjadual.

Teknik#10
Anda Boleh Mematikan Usaha Pemasaran Artikel Anda Apabila anda tidak memberikan artikel anda secara terus kepada publisher. Untuk memaksimakan usaha pemasaran artikel anda seboleh-bolehnya menghubungi publisher dan menawarkan artikel yang unik kepada mereka dan yang boleh meningkatkan nilai website mereka dan juga sebaliknya untuk anda, link-link semulajadi

No comments:

Post a Comment