Friday, January 1, 2010

Kejayaan

” Bang, boleh tunjukkan tak macam mana saya boleh berjaya macam abang? Saya pun nak buat duit kat internet. Saya ada terbaca di facebook smartzul pasal abang dan abang Rohaizad minggu lepas. Tolong saya ye bang..Boleh tak? Sila reply”

Ayat diatas adalah petikan dari satu email yang saya terima semalam. Terlalu pendek, ringkas tapi padat. Padat ( mengandungi maksud yang dalam ).

Ini bukanlah pertama kali terima email yang serupa..atau hampir-hampir sama maksudnya dengan ayat di atas. Tapi kali ni tergerak pula nak berkongsi cerita di blog ni. Ini kerana si penghantar email mengikuti perkembangan diri saya. Bukan saya nak menceritakan mengenai diri saya mahu pun Ijad..tapi yang ingin saya kupas adalah mengenai si penghantar email.

Mungkin dia adakah antara ribuan subscriber saya, mahupun smartzul ataupun Ijad.

” Tindak tanduk dan pergerakan anda sedang di awasi “

Baru saya sedar, apa yang kita lakukan..walaupun hanya cerita yang biasa-biasa di Facebook atau di blog, akan memberi kesan kepada pembaca. Contoh yang paling dekat ialah pada 2 minggu lepas, keluar satu cerita hangat yang mengatakan Ijad dah beli keretaHonda Type R..kereta kedua hasil blogging.. Saya adalah salah seorang mangsa yang terjerat dengan artikel tersebut .

Dah la 3G hampeh..nak loading video punya lama..akhirnya ‘terkena’. Dalam ertikata lain..’Senjata penulisan’ merupakan satu teknik pemasaran yang ampuh. Dengan ayat di surat jualan, boleh membuat seseorang itu membeli produk tersebut walaupun mahal.

Sambung semula mengenai si penghantar email..ia adalah satu sifat yang bagus.. Berani bertanya untuk berjaya. Tapi, sebelum itu, lakukan segala persiapan yang secukupnya sekiranya ingin menghadiri apa jua seminar/workshop atau personal coaching. Jangan mengharap 100% kepada mereka yang memberi ilmu. Semuanya terletak pada diri sendiri ‘bagaimana’ untuk berjaya.

Kunci dan kereta sudah diberi..map pun sudah diberi, tapi pilihan anda ingin melalui jalan yang mana untuk menuju destinasi. Jalan pintas? atau jalan yang biasa kita lalui?

No comments:

Post a Comment